Thursday, October 14, 2010

Kulit cantik dengan suntikan vitamin C.



 Biasa dengar tentang suntikan vitamin C? Saya percaya, ramai yang sudah maklum tentangnya atau telah pun mencubanya sendiri. Tidak kurang juga yang telah menjadikannya satu kemestian demi kecantikan mereka. Persoalannya, mengapa teknik suntikan vitamin C lebih menjadi pilihan berbanding menelan pil vitamin itu sahaja? Ini kerana, apabila suntikan dilakukan, vitamin akan menyerap ke bahagian sistem badan yang memerlukannya.
Berbeza dengan pengambilan pil kerana ada kebarangkalian, vitamin itu tidak sampai kepada sistem tubuh yang memerlukannya. Sebaliknya, ia disingkirkan ke bahagian lain yang tidak berkenaan. tahukah anda, sebanyak 95% peratus suntikan vitamin C akan menyerap masuk ke dalam darah berbanding pengambilan pil 5% Ini kerana, apabila pil vitamin C itu masuk ke dalam sistem tubuh, ia bercampur dengan bahan-bahan makanan lain di dalam perut sebelum mengambil masa lapan jam untuk diserapkan.Penggunaannya lebih disebabkan oleh waktu tidur saya yang tidak mencukupi, solekan yang terlalu lama serta diet yang kadangkala tidak menentu kerana banyak terlibat dalam penggambaran drama dan filem.
Sememangnya, vitamin C telah dipercayai sejak turun-temurun dalam melawan sel kanser, batuk, hipertensi (darah tinggi), asma, sinus (resdung) di samping mampu menegang, mencantik serta menggebukan kulit. Namun, sekiranya diambil secara berlebihan, ia boleh mengakibatkan masalah pada buah pinggang. Bagi mereka yang menghidapi masalah gastrik pula, tidak disarankan mengambil vitamin C kerana ia mengandungi sejenis asid yang dinamakan askorbic. jangan biarkan perut anda kosong sebelum melakukan suntikan vitamin C. Bagi mana-mana perokok yang berminat untuk mengambil suntikan ini, lupakan sahaja kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok bukan sahaja akan memusnahkan vitamin baru tetapi juga yang sedia berada di dalam badan. 
Dos yang disarankan: Satu  suntikan setiap minggu selama 2 bulan. Minggu-minggu seterusnya dapat mengurangkan dos ke 1 suntikan setiap 2 minggu.. Digabungkan dengan suntikan kolagen mengurangkan kedut.

No comments:

Post a Comment